Theater Kepengerusian ASEAN Tribuana pada 30 dan 31 Ogos 2025, bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka
TGH Terus Mengangkat Warisan Sejarah ke Pentas ASEAN
Mengangkat sejarah melalui kesenian teater, melibatkan lebih banyak negara ASEAN, dan menyatukan serantau melalui warisan budaya.
MAZURA AZIZ
8/9/2025


TGH Terus Mengangkat Warisan Sejarah ke Pentas ASEAN !
Kami di The TRIGOLDEN Heritage (TGH) tidak akan berhenti setakat Bangsawan Tribuana.
Misi kami lebih besar — mengangkat sejarah melalui kesenian teater, melibatkan lebih banyak negara ASEAN, dan menyatukan serantau melalui warisan budaya.
Menurut Dr. Zainatul Shuhaida Abdull Rahman Pakar Perunding dan Penasihat Kehormat TGH:
“Cabaran ini bukan penghalang, malah membakar semangat untuk berkongsi warisan sejarah yang jarang diketahui.”
Dengan sokongan rakan strategik, kerajaan, dan negara serantau, kami yakin warisan ini akan terus hidup di pentas dan di hati masyarakat. Sertai perjalanan kami. Bersama, kita jayakan misi memartabatkan warisan bangsa ke persada dunia!
#TGH #BangsawanTribuna #ASEANHeritage #TheatreForHeritage #ZGonTheMove #WarisanKita