Theater Kepengerusian ASEAN Tribuana pada 30 dan 31 Ogos 2025, bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka
PROGRAM KEPENGERUSIAN ASEAN NUSANTARA 2025 BANGSAWAN TRIBUANA TRIBUTE SENIMAN NEGARA RAHMAN B
Majlis Teater Selangor (MTS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), rakan strategik dari Indonesia dan Singapura serta pelantikan Zumail Global Sdn. Bhd. sebagai Rakan Strategik, akan menganjurkan Program Kepengerusian ASEAN Nusantara 2025: Bangsawan TriBuana pada 30 dan 31 Ogos 2025, bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mazura Aziz
8/9/20251 min read


Program Kepengerusian ASEAN Nusantara 2025: Bangsawan Tribuana – Tribute Seniman Negara Rahman B menampilkan persembahan bangsawan dari Malaysia (tuan rumah), Indonesia, dan Singapura sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman B (Pak Rahman), Seniman Negara ke-6. Bangsawan di Tanah Melayu bermula sekitar 1885 oleh Mamak Pushi dari Pulau Pinang dan berkembang ke Singapura, Jakarta, dan Brunei. Pada 1903, Kapitan Bachik memperkenalkan bangsawan sebagai “opera” melalui persatuan Yap Chow Tong.
Pak Rahman mewarisi seni ini daripada bapanya melalui Rahman Star Opera of Kelang (1911–1950-an), yang kemudian dikenali sebagai Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur. Nama “Rahman” diambil sempena anak sulungnya, manakala huruf “M” mewakili isterinya, Kasminah.
Tribute ini menghimpunkan tiga negara ASEAN untuk menelusuri persamaan, perbezaan, dan kelestarian warisan bangsawan yang telah bertahan puluhan tahun.



